Skip to main content

· 5 min read
Fakhrullah Padzil

Sistem Pendidikan Kita: Climb That Tree!

sistem pendidikan kita: samarata bukan adil

Sebuah gambar bernilai lebih seribu kata. Gambar di atas boleh difahami dengan pelbagai fahaman. Tetapi, kepada saya ia menyatakan tidak adil untuk kita menilai seseorang berdasarkan satu perkara sahaja.

Dalam kalangan monyet, gajah, ikan dan kucing, siapakah lebih pandai panjat pokok? Sah-sah monyet akan menang.

Setiap orang berbeza antara satu sama lain. Adakah sama seorang anak kepada petani dengan anak kepada pensyarah universiti? Adakah sama peluang anak orang kaya dengan peluang anak orang miskin?

Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that is is stupid, - NOT Albert Einstein 1 2

Semua orang adalah genius. Tetapi kalau kita nilai seekor ikan melalui kemahiran memanjat pokok, selama-lamanya dia akan anggap dirinya bodoh - BUKAN Albert Einstein 1 2

Semua pelajar adalah unik

Di dalam sistem pendidikan kita juga, para guru khususnya perlu lebih memahami analogi di atas. Dengan demikian para guru, ibu bapa serta masyarakat akan lebih memahami bahawa bukan semua pelajar boleh diuji dengan cara yang sama.

Hakikatnya setiap pelajar adalah unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Kita lihat sendiri pada setiap subjek yang diajarkan di sekolah. Ada pelajar yang cemerlang dalam subjek bahasa sahaja, ada pelajar yang cemerlang dalam subjek seni sahaja, ada juga pelajar yang cemerlang dalam semua subjek.

Di sini pun kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa setiap pelajar adalah unik.

Ada juga pelajar yang cemerlang dalam semua subjek tetapi ada masalah dalam membuat keputusan. Mereka mungkin tinggi IQ tapi rendah EQ. Ada juga yang rendah IQ tetapi EQ sangat tinggi. Ada juga pelajar yang berada pada pertengahan. IQ dan EQ adalah sederhana.

Masalah sistem pendidikan Malaysia (malah dunia)

Sistem pendidikan kita sering dikritik kerana ketinggalan zaman dan tidak menyediakan pelajar untuk dunia sebenar. Salah satu perkara yang terbesar ialah pelajar tidak diajar bagaimana untuk berfikir sendiri dan bagaimana untuk mencari penyelesaian kepada masalah. Mereka hanya diberi fakta untuk dihafal dan kemudian diuji ke atasnya.

Satu cara untuk mengajar pelajar cara berfikir sendiri ialah menggalakkan mereka bertanya soalan dan meneroka kemungkinan yang berbeza. Ini boleh dilakukan dengan memberi mereka peluang untuk mencuba dan dengan menyediakan mereka mentor yang boleh membantu mereka belajar daripada kesilapan mereka.

Satu lagi isu dengan sistem pendidikan ialah ia sering terlalu tertumpu kepada ujian standard. Ujian ini tidak selalu menggambarkan perkara yang dipelajari oleh pelajar dan ia juga boleh membahayakan pendidikan mereka. Sebagai contoh, jika pelajar menghabiskan terlalu banyak masa untuk belajar untuk ujian, mereka mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mempelajari konsep baharu.

Apakah masalah sistem pendidikan kita?

Bukan rahsia lagi bahawa sistem pendidikan di Malaysia amat memerlukan pembaharuan. Sudah terlalu lama, sekolah kita telah gagal menyediakan anak-anak kita dengan sistem pendidikan yang mereka perlukan untuk berjaya.

Selalunya, pelajar ketinggalan kerana tidak dapat mengikut rentak kelas. Dan terlalu kerap, guru dipaksa untuk mengajar mengikut ujian daripada menumpukan pada membangunkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar mereka. Akibatnya, anak-anak kita tidak mendapat kualiti pendidikan yang sepatutnya.

Sudah tiba masanya untuk kita memberikan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak kita. Sistem pendidikan kita mestilah sistem yang menumpukan kepada pembangunan warganegara yang serba lengkap yang bersedia untuk berjaya dalam abad ke-21. Barulah anak-anak kita dapat mencapai potensi sebenar mereka.

Bagaimana meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia

Terdapat banyak cara untuk mempertingkatkan sistem pendidikan kita, tetapi ia akan mengambil masa dan usaha daripada para guru, pelajar dan ibu bapa. Dalam pada itu, kita harus terus menyokong perubahan dan bekerjasama untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Beberapa penyelesaian yang telah boleh dilakukan termasuk:

  • meningkatkan pembiayaan untuk sekolah
  • mengurangkan saiz kelas
  • menyediakan lebih banyak sumber untuk guru
  • meningkatkan tumpuan kepada pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
  • menyediakan pelajar untuk dunia sebenar
  • mengajar mereka cara berfikir sendiri.
  • Menumpukan kefahaman subjek asas seperti asas mengira, membaca dan menulis

Kesimpulan

Sistem pendidikan amat memerlukan pembaharuan. Anak-anak kita tidak menerima kualiti pendidikan yang sepatutnya.

Sudah tiba masanya untuk kita menuntut sistem pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak kita. Kita mesti menuntut sistem pendidikan yang menumpukan kepada pembangunan warganegara yang serba lengkap yang bersedia untuk berjaya dalam abad ke-21. Barulah anak-anak kita dapat mencapai potensi penuh mereka.

Dengan dunia tanpa sempadan kini, saya yakin dan percaya anak-anak Malaysia mampu pergi lebih jauh sekiranya mereka mendapat pendidikan yang betul dan mampu menggilap bakat mereka.

Hal ini telah dibuktikan dengan beberapa kejayaan anak Malaysia di luar negara kebelakangan ini. Dengan sistem pendidikan yang betul pastinya lebih ramai anak muda yang boleh bersinar dan berjaya sehingga peringkat dunia.

Bolehkah KUBUS selesaikan masalah sistem pendidikan ini?

Saya sedar akan masalah ini. Tujuan utama saya cuba masuk industri pendidikan sebab saya nak orang seronok untuk belajar. Supaya mereka terasa dalam hati mereka nak tahu lebih lagi.

Walaupun masih jauh, antara perancangan saya ialah menggunakan algorithm (atau AI) yang boleh menyediakan koleksi kuiz yang sesuai dengan individu.

Contoh, orang yang pandai Fizik, akan sentiasa mendapat soalan-soalan kuiz yang mencabar dalam dalam bidang Fizik. Supaya dia tak tersekat dengan level yang rendah sedangkan dia mampu pergi jauh.

Dalam pada masa yang sama, dia akan terus diberi kuiz yang sesuai untuk mata pelajaran yang lain.

Sumber

https://marquetteeducator.wordpress.com/2012/07/12/climbthattree/


  1. Artikel yang semak kesahihan adakah betul-betul perkataan Albert Einstein - https://www.usatoday.com/story/news/factcheck/2021/04/27/fact-check-einstein-never-said-quote-fish-climbing-trees/7384370002/
  2. Artikel yang semak kesahihan adakah betul-betul perkataan Albert Einstein - https://www.history.com/news/here-are-6-things-albert-einstein-never-said

· 6 min read
Fakhrullah Padzil

Projek KUBUS sebenarnya adalah usaha saya untuk membina suatu platform pendidikan yang boleh menjadikan orang suka kepada ilmu.

9 tahun yang lepas (2012), saya telah membina beberapa aplikasi kuiz dengan tujuan yang sama. Pada masa itu, saya dengan semangat, pinjam buku teks dengan sepupu yang masih bersekolah kemudian buat soalan berdasarkan bacaan dari buku teks itu.

senarai kuiz-kuiz IAK - screenshot dari Google Play

Walaupun, saya berjaya buat kuiz-kuiz tersebut, tapi projek tersebut gagal. Sebab, ia tidak berjaya yang diharapkan. Saya biarkan app itu boleh digunakan, tetapi semua sistem login telah mati.

Kini, setelah hampir 10 tahun, kemahiran saya telah meningkat, jadi saya teringin mencuba sekali lagi. Saya berharap kali ini, sebagai seorang yang dah dipanggil pak cik, lebih matang untuk menjayakan projek ini.

Seperti, dalam artikel sebelum, saya takkan mampu buat seorang, saya perlukan bantuan anda semua. Tolong saya, ceritakan pada anak-anak, kawan-kawan tentang KUBUS.

Matlamat KUBUS

Matlamat utama KUBUS ialah membina satu platform pendidikan yang membudayakan rasa seronok untuk belajar.

Zaman sudah berubah, jika dulu, kita menggunakan komputer, tapi kini, semua orang boleh dikatakan ada telefon pintar. Mungkin disebabkan harga yang lebih murah, telefon pintar lebih mudah dimiliki oleh golongan remaja berbanding komputer atau laptop.

Telefon pintar tidak dapat menggantikan fungsi komputer sepenuhnya, tetapi telefon pintar juga adalah komputer. Banyak benda yang boleh dibuat menggunakan telefon pintar.

Oleh sebab itu, KUBUS nak mendekati para remaja, melalui telefon pintar. KUBUS nak alih kebiasaan pelajar yang biasanya guna telefon untuk sosial media dan permainan kepada alat untuk belajar.

Matlamat KUBUS ialah menawan pelajar untuk menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat pendidikan, dan mereka lakukan kerana perasaan suka.

Jadi, macam mana nak buat tu?

Rancangan untuk mencapai matlamatnya

Saya merasakan berikut adalah perkara-perkara yang perlu diusahakan untuk menjadikan Kubus App sebuah aplikasi yang pelajar guna setiap hari.

  1. Mempunyai data soalan yang banyak. Isi adalah raja (content is King).
  2. App yang boleh menawan jiwa pelajar.
  3. Kewangan yang yang stabil.

1. Kubus App mesti ada data soalan yang banyak

Kuantiti sangat penting. Bayangkan subjek sejarah ada 100 soalan kuiz sahaja, selepas 2 minggu je, pengguna akan ulang jawab soalan yang sama. Sangat bosan.

Jadi, perkara pertama bagi KUBUS ialah fokus untuk dapatkan koleksi soalan yang banyak. Target, satu subjek ada lebih 10,000 soalan.

Macam mana nak dapat data soalan dengan banyak?

Saya merancang untuk membina Kubus Sukarela web dan app yang boleh membenarkan sesiapa saja untuk menyumbang dan kemaskini soalan. Macam Wikipedia.

Seperti wikipedia, saya juga akan lepaskan data soalan ini di bawah lesen Public Domain (CC0). Jadi, soalan-soalan kuiz yang KUBUS dapat boleh juga digunakan oleh semua orang.

Data-data soalan akan dilepaskan di github.

Saya akan tulis artikel lain tentang bagaimana nak dapatkan koleksi soalan dan bantuan-bantuan yang diperlukan.

2. Kubus App mesti ada fungsi yang menarik dan menawan pelajar

Cuba lihat buku untuk kanak-kanak, dan bandingkan dengan buku untuk pelajar SPM.

Kita boleh lihat dengan jelas bezanya. Buku kanak lebih menawan bukan sahaja dari segi warna tapi dari segi kandungannya.

Kenapa? Sebab penulis buku kanak-kanak faham, mereka perlu menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Tetapi, buku pelajar sekolah menengah sentiasa berfokus kepada lulus ujian dan peperiksaan dengan cemerlang. Tiada usaha nak menarik minat mereka.

Mungkin sebab itu, remaja lebih suka menghabiskan masa dengan benda lain yang lebih menarik. Seperti media sosial dan permainan video. Ada juga yang bernasib baik terjumpa video ilmu yang menarik di YouTube.

Kubus App akan menyediakan unsur permainan dan akan sentiasa mengkaji cara menarik minat pelajar untuk menambah ilmu mereka.

Kami akan buat kuiz yang interaktif dan mencabar minda supaya pengguna sentiasa seronok untuk belajar.

Saya sekarang sedang mengkaji tentang pembelajaran mesin untuk memberi cadangan (Machine Learning for recommendation system) kepada pengguna supaya koleksi kuiz yang diberikan kepada pengguna boleh buat mereka ketagih ilmu, bahagia dan hanyut dalam ilmu.

Saya setuju berlebih-lebihan itu tak baik, jadi Kubus App akan berhati-hati dan meletakkan had tertentu. Buat masa sekarang, dengan penggunaan Pitis sebagai virtual coin akan menjadi penyekat kepada untuk tidak habiskan masa sepanjang masa untuk bermain Kubus App semata-mata.

Di masa hadapan, satu artikel khas akan ditulis untuk menyampaikan kepada semua apa fungsi-fungsi yang ingin kami bina di dalam Kubus App. Kami akan mendengar permintaan pengguna dan akan bertindak untuk kebaikan semua.

Kubus App akan jadi sebuah app yang dibina oleh semua orang. Pendapat dan pandangan orang luar sentiasa dialu-alukan.

3. Kami, pembangun KUBUS mesti pandai mencari duit untuk memastikan projek ini tidak mati (Model Niaga - Business Model)

Berdasarkan pengalaman saya dalam membina pelbagai perisian dan laman web, hampir kesemua projek akan mati dan hilang arah.

Kenapa? Kerana tiada duit untuk memastikan kelangsungan projek tersebut.

Kuiz-kuiz di Google Play saya dibina pada tahun 2012, dan kemaskini terakhir ialah 2015. Walaubagaipun, masih di muat turun dan di beri komen pada tahun 2022.

Saya menjana sebanyak kurang lebih RM 0.00 ~ 0.10 setiap bulan. Yup, 10 sen sebulan. Sebab itu, tak berbaloi untuk saya berterusan menyelenggara kuiz-kuiz. Jadi saya telah pun matikan pelayan (server) dan domain untuk kuiz-kuiz app ini.

Walaubagaimanapun, saya masih percaya idea untuk buat app pendidikan demi masa depan orang muda Malaysia. Sebab itu, saya buat Kubus App.

Berbekalkan pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih baik berbanding 10 tahun yang lepas, saya harap kali ini ia berjaya.

Salah satu syarat untuk berjaya ialah Kubus mesti boleh buat duit.

Berikut adalah bagaimana Kubus akan buat duit:

  1. Pengiklanan di dalam app menggunakan Google Admob. Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, kali ini, saya akan mengkaji dan mengoptimumkan pendapatan melalui Admob tanpa menyakitkan hati pengguna.

  2. Pitis atau duit maya(virtual coin). Kubus App menggunakan duit maya untuk menghadkan beberapa fungsi tertentu kecuali dibeli menggunakan pitis.

  3. Jual beli produk pendidikan digital dan fizikal didalam Kubus App. Kami akan membuka peluang kepada peniaga produk pendidikan untuk menjual produk mereka melalui Kubus App. Sesuai sebagai sebuah app pendidikan produk peniaga akan mencapai target pasaran yang tepat.

Ini adalah sebahagian rancangan Kubus untuk mencari pendapatan agar boleh digunakan untuk memajukan Kubus dan seterusnya kebaikan akan sampai kepada pengguna dan rakyat Malaysia.

Kesimpulan

Terbaik sekiranya semuanya boleh berjalan dengan lancar. Doakan kami semoga berjaya.

· One min read
Fakhrullah Padzil

Salam perkenalan,

KUBuS adalah sebuah aplikasi kuiz yang dibina untuk pelajar. KUBuS adalah akronim yang dicipta dari frasa "Kuiz Untuk Budak Sekolah".

Tapi sebagai seorang programmer, saya tak mampu nak lakukan ini berseorangan. Jadi besarkan KUBuS sebagai sebuah platform. Dalam platform KUBuS ini, saya perlukan semua orang untuk membina satu pangkalan data soalan-soalan untuk pelajar-pelajar di Malaysia.

Saya akan memfokuskan bahasa Melayu sebab ini senangkan kerja saya dan saya juga nak target pelajar-pelajar Malaysia luar bandar, rata-ratanya selesa dengan bahasa Melayu.

Walaubagaimanapun, saya sangat menghargai input dalam bahasa Inggeris. KUBuS adalah terbaik sekiranya boleh dijadikan dalam dwibahasa.

KUBuS masih dalam proses pembinaan. Saya akan cuba lepaskan secepat mungkin.

Sekian,

Semoga impian jadi kenyataan.